Tuesday 1 October 2013

Pakaian Tradisional Sabah.....
Di Sabah terdapat pelbagai suku kaum, iaitu Bajau, Lotud, Irranun, Kadazan, Murut, Rungus, dan lain-lain.Perbezaan di antara berbagai-bagai suku kaum tersebut adalah dari segi bahasa, ugama, adat istiadat, corak dan pegangan hidup termasuklah pakaian tradisi mereka.
Bajau
Pakaian tradisional suku Kaum Bajau. Wanita menggayakan blaus badu sampit dan kain sarung olos berangkit, perhiasan leher mandapun dan perhiasan kepala sarempak. Lelaki Bajau menggayakan baju potongan Cekak Musang, seluar, samping dan destar.Orang Bajau, (juga ditulis sebagai Badjao, Badjaw atau Badjau) adalah sebuah kumpulan etnik pribumi dari Malaysia dan Filipina Selatan serta diiktiraf sebagaikumpulan etnik kedua terbesar di negara bahagian Sabah.


Kadazan 
Pakaian istiadat masyarakat Kadazan dari Penampang. Lelakinya memakai baju gaung, seluar souva, bengkung toogot dan pakain kepala yang disebut siga. Wanita memakai baju pendek sinuangga, kain labuh tetapi dan selendang batik dilengkapi tali pinggang himpogot.

Baju tradisional suku kaum Kadazan daerah Papar. Baju fabrik baldu hitam berhias renda kuning keemasan. Lelaki memakai pakaian kepala sigal dari kain destar dan wanita memakai siung dari anyaman buluh halus bermotifkan geometrik etnik Sabah. Perhiasan diri gelang tangan dan tali pinggang syiling perak.

Murut
Pakaian Adat suku kaum Murut. Lelaki memakai jaket barbaru dan cawat dari kulit kayu puputul yang dilukis dengan motif dari manik atau warna. Perhiasan kepalanya tupi sinulatan juga dari kulit kayu. Wanita menggayakan pakaian pinongkolo dari kain kapas berhiaskan motif sarat dari manik-manik berwarna-warni. Perhiasan diri juga dari manik seperti rantai rarangkol dan hiasan kepala salupai. Orang Murut adalah sebuah kumpulan etnik pribumi yang mendiami wilayah utara pedalaman Kalimantan.Sebahagian besar masyarakat Murut adalah di pedalaman barat daya Sabah, Malaysia timur, khususnya daerah Keningau, Tenom dan Nabawan Pensiangan, sepanjang Sapulut dan Sungai Padas.

No comments:

Post a Comment