Tuesday 1 October 2013

PULAU-PULAU MENARIK DI SABAH.....

1. Pulau Sipadan


 Pulau yang terletak berhampiran bandar Samporna, Sabah ini adalah di antara pulau terindah di dunia dan popular dengan aktiviti selaman skuba. Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh New 7 Wonders of Nature votes commitee, Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun 2009.  


2. Pulau Manukan


   Pulau Manukan terletak di Taman Negara Tunku Abdul Rahman  Kota Kinabalu Sabah hanya  mengambil masa kira-kira 20 minit dari jeti Jeselton Point.Laut jernih biru kehijauan dan terdapat banyak hidupan ikan dari pelbagai jenis adalah satu tarikan pulau ini ditambah pula oleh pemandangan pulau yang cantik.


3. Pulau Sapi 
  
      Pulau Sapi juga terletak di Taman Negara Tunku Abdul Rahman  Kota Kinabalu Sabah hanya mengambil masa lebih kurang 25 minit untuk pergi ke sana dari jeti Jeselton Point.Pulau ini terletak tidak jauh dari Pulau Manukan mempunyai tarikan yang lebih kurang sama seperti Pulau Manukan.


4. Pulau Penyu
  
Terletak di seberang Pulau Libaran, 40 kilometer dari Timur-Utara Sandakan dan berhampiran dengan Sempadan Malaysia dan Filipina, terdapat sekelompok pulau-pulau yang terdiri daripada tiga pulau kecil yang berhampiran iaitu Pulau Selingan, Pulau Gulisan dan Pulau Bakkungan Kecil. Pulau-pulau ini merupakan pulau-pulau yang paling utama di timur-selatan Asia di mana penyu-penyu mendarat dan bertelur di pantainya. Penyu-penyu ini biasanya bertelur pada waktu malam selepas pukul 8 malam bila air surut. Pada masa itu anda boleh menyaksikan penyu-penyu yang mendarat mengorek lubang di pantai dan bertelur ke dalamnya.


5. Pulau Mabul 
  
    Pulau Mabul terletak di Semporna Sabah.Terkenal kerana berhampiran dengan pulau Sipadan.Pulau kecil ini terdapat banyak batu karang dari pelbagai jenis,Di sini juga banyak hidupan eksotik seperti sotong kurita,cephalopods,udang gegarau,ketam,rumpai laut dan lain-lain lagi.

RUJUKAN:http://kinabaluster.blogspot.com/2011/09/di-antara-pulau-tercantik-di-sabah.html

No comments:

Post a Comment