Tarian Sumazau merupakan tarian tradisi masyarakat suku kaum Kadazandusun di Sabah.Pada kebiasaannya tarian sumazau ditarikan untuk mengucap kesyukuran dengan aktiviti yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi.Tarian ini bertujuan untuk menolak bala, menyembah semangat, dan mengubati penyakit. Gerakan tarian ini perlahan-lahan dan lembut. Tarian sumazau ditarikan oleh lelaki dan perempuan yang menari secara berhadapan dengan cara menggerakkan kaki dengan langkah yang kecil sambil tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama, manakala tangan pula dikepakkan seperti burung sedang terbang. Tarian sumazau biasa ditarikan semasa sambutan hari keramaian dan majlis jamuan.
TARIAN LIMBAI Tarian limbai merupakan tarian asli masyarakat suku bajau di Sabah yang ditarikan semasa majlis perkahwinan. Tarian ini ditarikan di rumah pengantin perempuan semasa menyambut pengantin lelaki.Sebaik sahaja pengantin lalaki sampai, perarakan dihentikan dan tarian ini ditarikan didepan pengantin. Tarian ini berfungsi sebagai isyarat untuk menjemput pengantin lelaki naik kerumah untuk melaksanakan istiadat ijab kabul. Rombongan diiringi irama dan bahasa tarian untuk naik kerumah.
TARIAN DALING-DALING
Tarian daling-daling ini ditarikan oleh suku kaum Bajau yang tinggal didaerah Somporna. Tarian ini berasal dari Kepulauan Mindanau yang dibawa oleh orang Suluk. Perkataan daling sebenarnya berasal daripada perkataan inggeris iaitu “darling” yang bermaksud kekasih. Tarian ini ditarikan sebagai hiburan dimajlis tertentu. Tarian daling-daling ini bersifat berbalas pantun diantara penari lelaki dan penari perempuan.
No comments:
Post a Comment